Pantang Larang Penyakit ECZEMA
Ekzema juga dikenali sebagai dermatitis atopik dan ia tidak berjangkit. Perkataan ekzema diguna untuk menjelaskan semua jenis masalah kulit yang merah, lepuh, berair, berkeruping, berwarna perang, tebal dan gatal. Ekzema merupakan salah satu penyakit kulit yang menyerang kanak-kanak dan tidak terkecuali bagi orang dewasa yg disebabkan oleh pelbagai faktor.Penyakit ini mungkin juga disebabkan oleh genetik.
Ia sangat mudah berlaku di kalangan bayi. Kadangkala ia dipanggil ekzema bayi dan sering terjadi di muka dan di kulit kepala. Ibu bapa seharusnya mengetahui bahawa kebanyakan bayi yang mengalami masalah ini akan sembuh sebelum mencapai umur 2 tahun. Ekzema selalunya dikaitkan dengan asma.
Terdapat beberapa pantang yang perlu dititikberatkan oleh pesakit terutamanya dari segi pemakanan.
Pantang (makanan):
1) Seafood ( ketam, udang, kerang, sotong)
2) Belacan
3) Budu
4) Cencaluk
5) Ikan Bilis
6) Putih Telur
7) Soya
8) Kekacang
9) Terung
10) Sunkist Orange
11) Buah-buahan yang masam
Pantang (produk):
1) Dettol
2) Protex
Pantang (tabiat):
1) Mandi kerap kali
2) Kuku panjang
No comments:
Post a Comment