Sunday, 29 September 2013

Cara Pengambilan Vco Catalyst Yang Betul

1. MAKAN / AMBIL supplement (VCO) selepas breakfast atau sarapan pagi dan waktu malam(sebelum tidur) pada jam 10 malam
2. KERANA ?? Pada masa ini sistem pencernaan badan kita menjadi sedikit slow atau kurang aktif. Jadi ini akan memudahkan supplement (VCO)bertindak dan bekerja dalam badan kita.
3. ELAKKAN pengambilan supplement (VCO) pada waktu tengahari kerana pada masa ini sistem badan kita sangat aktif bekerja untuk mencerna makanan dan sebagainya.
4. ELAKKAN juga pengambilan supplement (VCO) sebelum makan kerana tindak balas mungkin tidak akan berlaku/kurang kerana supplement yang kita makan akan ditimpa oleh makanan yang kita ambil.
5. NAK KURUS??? Anda sendiri mesti pandai atur portion atau saiz hidangan sendiri. Pengambilan VCO akan menjadikan anda lebih bertenaga dan kadar metabolism meningkat.  Jika anda rasa selepas pengambilan VCOanda kerap rasa lapar dan nafsu makan membuak-buak , LEBIHKAN saiz hidangan atau pengambilan IKAN dan sayur dalam diet harian anda.

6. PALING PENTING SEKALI . Pastikan anda minum air kosong dengan cukup sekurang2nya 3 liter sehari untuk membantu proses penyingkiran atau penyahtoksin dalam badan akan berjalan dengan lebih lancar dan badan akan terasa lebih segar dan bertenaga sentiasa.

Cara pengambilan VCO Catalyst


- 2 kali sehari (1x pagi & 1x malam)
- Juga boleh diambil 2 biji kapsul sekaligus

——>Utk  Tambah berat badan mkn VCO  sebelum mkn…

——> kalu nk kurus mkn VCO selepas mkn..

- Ia dalam bentuk kapsul lembut yg mudah ditelan
- Boleh disapu ke muka 2/3 kali seminggu sebelum tidur
(cucuk kapsul lembut guna jarum)
- Seelok2nya ambil bersama air suam/air kosong
Jika  konsisten mengambil kapsul ini, insyallah, kesannya akan diperoleh dalam masa yang singkat tetapi ia juga bergantung kepada sistem/hormon individu tersebut.

Kesan-kesan sampingan juga adalah berlainan bagi setiap individu.

Kebaikan Vco Catalyst

Fungsi & Khasiat VIRGIN COCONUT OIL(VCO)
Untuk kegunaan luaran :

1 . Dapat membantu mengurangkan berat badan
2 . Menghasilkan tenaga segera&sentiasa segar
3 . Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit
4 . Sangat bagus untuk masalah jerawat&jeragat serta parut2 lama
5 . Mengatasi masalah kulit berminyak
6 . Mengatasi masalah sakit kulit pada kemaluan(masalah keputihan)
Untuk kegunaan dalaman :
1 . Mencegah risiko penyakit jantung&kadar kolestrol yg tinggi
2 . Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
3 . Melegakan pernafasan
4 . Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
5 . Mengurangkan keadaan mudah lapar
6 . Melancarkan kitaran haid& menyeimbangkan hormon
7 . Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami-isteri
8 . Memperbaiki kandungan asid dalam rahim
9 . Mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin
10 . Amat baik bagi mengatasi masalah MONOPOS bagi kaum wanita(memperlambatkan proses)

Tuesday, 16 April 2013

Rahsia watak anak anak dari segi bulan kelahiran

Aku nak kongsikan sedikit ape yang telah aku baca sebentar tadi...Ini adalah mengikut kajian pakar motivasi Dato' Dr Fadhilah Kamsah...

Rahsia watak anak dari segi bulan kelahiran

- Bulan 2,4,6,8,9,11,12
Kelam kabut, mudah tertekan, selalu nak cepat, kurang sabar, inginkan kesempurnaan, sentiasa mahu cari kehebatan. 

- Bulan1,3,5,6,7,10,12
Tenang ,mudah bertolak ansur dan mudah diajak berbincang.

- Bulan 2,3,4,7,8,9
Emosi tinggi,mudah melenting dan mudah tersinggung.

Hehehe...tu jer....

Tuesday, 2 April 2013

I'm pregnant again.....


Alhamdulillah.....Syukur padaMu Ya Allah kerana memberi rezeki pada kehidupan kami sekeluarga...Rezeki...rezeki...rezeki....mcm2 bentuk rezeki yang Allah s.w.t beri kepada umatnya...Tahun ni tak dapat APC pun x pe la, Allah tu Maha Adil, walaupun aku tak dapat APC, Allah bagi rezeki anak untukku tahun ini....APC tu lain kali pun tak pe....

Maknanya tahun ni kami akan mendapat ahli baru....Aqis akan menjadi seorang kakak....hehehe....dah besar pun Aqis....dapat adik nanti kakak dah umur 3 tahun...kira ok la tu...sekian dulu....lain kali aku citer lagi...

Wednesday, 27 March 2013

Khasiat Pisang....




Di sebabkan kami sekeluarga suka sangat makan pisang, aku pun google la khasiat pisang untuk dikongsi . 

Pemakanan pisang memberikan banyak khasiat kepada tubuh badan kerana secara keseluruhannya ia mengandungi tenaga, vitamin A, serat, vitamin C dan Kalsium.

Khasiat pisang sudah tentu boleh membekalkan tenaga. Pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Khasiat pisang dari sudut kesihatan

# Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

# Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.

# Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

# Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

# Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

# Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.


Hehehe...tu jer ....

Tuesday, 26 March 2013

SOAL JAWAB BERKENAAN VCO CATALYST


1. Ada kesan sampingan tak bila makan VCO Catalyst?

Untuk makluman semua, VCO bukan ubat atau bahan kimia yang boleh memudaratkan manusia. Ianya adalah 100 % organik yang mana dihasilkan dari minyak kelapa tanpa penggunaan haba atau kimia untuk mengekalkan struktur asal dalamanya dan keasliannya. VCO amat baik untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman.
 2. Lelaki boleh makan atau tidak? 
VCO adalah supplement yang sesuai untuk semua golongan umur & jantina. Banyak khasiat yang boleh diperoleh daripada minyak kelapa ini terutama untuk kecergasan dan kesihatan yang berpanjangan.
3. Umur berapa boleh makan ni? Bayi dan kanak-kanak bawah umur 12 tahun boleh ke?
Boleh dan sangat digalakkan. Ianya juga boleh disapu pada kulit atau badan mereka.

4. Vco ni untuk kecantikan muka je ke?

Sebenarnya banyak khasiat yang ada pada VCO ini antaranya kesihatan dalaman, masalah kulit, masalah berat badan dan lain-lain. 

5. Kalau saya dah kurus, makan ni jadi macam mana pulak? lagi kurus ke?
Jangan risau. VCO hanya akan meningkatkan kadar metabolisme bagi mereka yang bermasalah berat badan saja dengan kata lain kadar metabolisme yang rendah. Jadi, bagi yang kurus jangan risau. Anda tidak akan jadi lagi kurus.


6. Perempuan mengandung boleh makan?
Sudah tentu boleh. Malah ia membantu mengatasi rasa mual dan memberi tenaga kepada ibu mengandung. VCO atau minyak kelapa dara juga bagus untuk mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin. Pengambilan minyak kelapa dara semasa kehamilan adalah sangat bagus dan insya-ALLAH tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk kami adalah 100% asli tanpa sebarang bahan pengawet atau pewarna tiruan. Catalyst juga adalah syarikat bumiputera dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL JAKIM.

7. Bagaimana cara makan / pakai Vco Softgel?


1) Makan 2 biji sehari selepas makan (Untuk naikkan berat badan/ideal pada yang kurus
atau makan 2 biji sehari sebelum makan untuk kurangkan selera makan)
2) Sapu pada muka/kulit Vco Softgel dengan cucuk dengan jarum dan terus ratakan pada muka atau di tempat yang bermasalah. Insya-ALLAH, anda akan lihat hasilnya. Cepat atau lambat bergantung kepada individu.

Monday, 18 March 2013

VCO CATALYST


Kebaikan & Khasiat Minyak Kelapa Dara / VCO

Kecantikan Luaran

  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan kadar metabolisme badan
  • Menghasilkan tenaga segera
  • Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus
  • melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran UV
Kecantikan Dalaman
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino
  • Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis
  • Mengurangkan stress pada prankreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh
  • Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoporisis
  • Mencegah risiko sakit jantung
  • Mencegah strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi
Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
  • Membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh
  • Melindungi tubuh dari kanser payudara, kanser colon dan kanser rahim
  • Berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis
  • Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif
  • Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate
  • Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing
  • Membantu mencegah penyakit hati dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain
Membunuh Virus, Bakteria & Kulat
  • Membunuh Virus (yang menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis C, cacar air dan herpes) bakteria (yang menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis dan gonorrhea) kulat (yang menyebabkan candida, jock itch, kadas, dan infeksi yang lain) serta membunih cacing pita, lice, giardia dan parasit
Hubungan Suami Isteri
  • Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang
  • Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural)
  • Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit ulit pada kemaluan
  • Merawat Keputihan
Kesan Segera Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Tubuh
  • Melegakan Pernafasan
  • Melawaskan Pembuangan Air Besar dan Kecil 
  • Meningkatkan Kadar Metabolisma Pada Seluruh Tubuh
  • Memusnahkan Organisma perosak seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa(cacing) Di dalam Usus Besar dan Kecil
  • Mengurangkan Keadaan Mudah Lapar
  • Mengurangkan Kandungan Lemak
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi
  • Mempercepatkan Penggantian Sel-Sel Mati

ANDA BERMINAT???



 Bleh pm saya...

Kenali Madu Asli



Kat sini saya nak berkongsi cara untuk mengenali madu tu asli atau tidak.

Setahu saya madu takde expired kalau yg asli lah.. Dulu ada sorang pakcik ni dia cakap kalau nk tau madu tu asli ke tidak kita kena uji dengan cara:

1. Madu asli kalau di bakar dgn api dia akan menyala.. Kalau tiruan dia tak makan dek api.. (bubuh madu dlm sudu pastu ambik lighter bakar betul2 kat madu tu)

2. Madu kalau asli semut tak kan hurung.. Kalau ada semut banyak tanda nyer itu madu yg dicampur dgn gula..

3. Madu yg asli kalau letak dlm peti ais dia tak kan beku..

Sekian .....


Tuesday, 12 March 2013

Giler Pink...



Pink...pink..pink......ckit2 nak kaler pink....huhuhu....Taaadaaa...hehehe.....nak wat camner...dah mamang aku suka kaler pink....

Masa g The Mines minggu lalu, aku terbeli la 2 item ni.....cantik sangat kalernya.....

Thursday, 7 March 2013

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2013



Huhhhh....betapa bangganya jadi seorang wanita....setiap 8 Mac adalah hari wanita sedunia.....


Selamat hari wanita kuucapkan buat ibuku yang tersayang, ibu mertuaku, kakak, adik2ku, rakan rakanku dan semua wanita di seluruh dunia.....

Wednesday, 27 February 2013

Ilmu yang perlu dimanfaatkan..


Untuk renungan bersama…..

1.    Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat.
"Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan walaupun daripada sepotong ayatku"

2.
    Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sarakatul maut.
 5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan dalam Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:

a. .Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik.
    - Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

b. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.
- Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

c. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca  doa).
- Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

d. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
- Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.

e. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari.
- Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).


*Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah,  Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.  Cara yang mudah untuk dapatkan pahala walaupun selepas mati.


 7 kalimat yg harus di biasakan..


 a.   Bismillahirrahmannirrahim
   
Setiap hendak melakukan sesuatu.

 b.  Alhamdulilah
   
Setiap habis melakukan sesuatu.

 c.  Astagafirullah
   
Jika melakukan sesuatu yg buruk.

 d.  InsyaAllah
     
Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.

 e.  Laa hawla walaaquwwata illaah billaah
     
Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.

 f.  Innalillahi wainna ilaihi rojiun
     
Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.

 g.  Lailaha illallah
     
Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.



Rasulullah bersabda,"Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya, maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala"

Amiiin ya rabbal alamin Semoga bermanfaat. Amin....

Buah Delima....

Haaaa....ini dia buah kegemaranku semasa mengandungkan Aqis dulu....aku sanggup beli walaupun harganya rm10 sebiji.....sbb pregnant la aku sanggup beli, bukan ape takut nanti air liur anak meleleh jer...hehehe....so aku nak share sedikit info yang aku dapat mengenai buah delima ni...

Buah delima juga kaya dengan pottassium.Malahan pottassium yang ada di dalamnya melebihi buah buahan lain sehingga menjadikannya cukup ampuh dalam menurunkan tekanan darah.


Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :
  • Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  • Membantu penghadaman
  • Membuang lemak-lemak berlebihan
  • Menambah tenaga
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  • Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  • Mencantikan kulit


Amalan meminum jus delima secara rutin berupaya mengikis lemak yang terdapat di sekitar perut.....so, kalau ade sesiapa yang nak elakkan daripada perut buncit, elokkan minum jus delima....


Sunday, 24 February 2013

Pure Marine Collagen












Haaa...ini item yang hot di pasaran..ibu collagen....biasala kan wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan....sanggup berhabis duit untuk kekal cantik dan awet muda...Aku pun baru je cuba makan benda ni...so far sangat ok....


So aku nak kongsikan :


Kebaikkan Pengambilan Kolagen Asli:
  1. Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
  2. Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
  3. Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
  4. Memejalkan payudara, otot dan punggung
  5. Menyihatkan rambut dan kuku
  6. Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kelenjar tiroid
  7. Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
  8. Mengurangkan penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
  9. Mengurangkan selulit
  10. Memberi tenaga
  11. Melancarkan peredaran darah
  12. Mengurangkan sakit bahu dan belakang
  13. Melancarkan peredaran darah
  14. Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
  15. Meningkatkan sel rawan,ligamen dan otot
  16. Merawat penyakit gout
  17. Mencegah kanser/tumor
  18. Menurunkan tekanan darah tinggi
  19. Meningkatkan fungsi penghadaman/ pencernaan
  20. Merawat gastrik
  21. Anti bakteria / kulat
  22. Merawat anemia
  23. Menurunkan tahap Kolestrol dalam badan
  24. Menyerap lebihan garam dalam tubuh
  25. Melicin, menegang dan menghaluskan kulit
  26. Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
  27. Mengstabilkan kandungan gula dalam darah ( kencing manis)
  28. Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
  29. Memberikan rasa kekenyangan ( diet)
  30. Memelihara usus kecil ( mengelakkan buasir / sembelit)

Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah.pori2 kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya.Kolagen ini juga boleh dibuat .



SIAPA YG BOLEH MAKAN COLLAGEN NI ?

  • Org yang nak cantik & sihat semestinya..hehe..
  • ibu mengandung - kulit baby jadi cantik (untuk kandungan 4 bulan keatas shj) 
  • ibu rasa bertenaga & tak mudah letih
  • ibu menyusu pun boleh juga.collagen ni tinggi mineral
  • kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas
  • wanita selepas bersalin tidak digalakkan makan rumpai laut hingga selepas 2 bulan bersalin,anda boleh consume semula..



Wednesday, 20 February 2013

Stress....

Di sebabkan keja hari ni dah siap, aku ngan kawan-kawan ambik kesempatan ke library untuk menghilangkan rasa boring......jeng...jeng.....aku jumpa buku ni....so aku pinjam la.....

Ape yang aku dapat kongsikan dari buku ni ialah:


ELAKKAN MENYEBUT


" aku STRESS!!!!!"

TUKARKAN KEPADA 


Saya seorang yang TENANG... Stress itu adalah momentum kejayaan bagi saya....InsyaAllah, saya boleh hadapinya!!

p/s: kepada sesiapa yang rasa stress tu, bolehla baca buku ni...

Tuesday, 19 February 2013

Anak Solehah

Pagi ini saya berjalan ke blog rakan rakan yang lain dan Alhamdulillah saya terjumpa tips ini yang amat berguna buat saya dan ibu bapa lain di luar sana.... Jom kita praktikkan dan share sama- sama...


10 Tips Mendidik Anak Soleh dan Solehah

  1. Kiriman Al-Fatihah
    • Apabila teringatkan anak, bacalah Al-Fatihah. Hajatkan perkara yang baik ketika  sampai ke ayat "iyakanakbudu waiyakanastain ".
  2. Bercakap dengan anak ketika anak tidur
    • Pandang wajah anak dan bercakaplah. Doakan perkara baik agar rohnya mendengar.
  3. Solat hajat
    • Solat hajat dibilik anak. Supaya sentiasa dekat dengan anak
  4. Minta dikasihani
  5. Peluk anak selalu
  6. Sentiasa memaafkan anak
  7. Jaga tutur kata - kerana setiap kata adalah doa
  8. Doa untuk anak
    • Baca ayat 40 Surah Ibrahim supaya keturunan tetap mengerjakan solat
  9. Sentiasa mengingatkan anak agar menjadi anak soleh
  10. Niat yang baik untuk anak
    • Niatkan begini semasa membasuh beras
      • Allah lembutkan hati anak ..... untuk faham agamanya sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi "
    • basuh beras lawan jam sambil selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

* semoga anak ibu dan ayah menjadi anak yang solehah.....amin...

Tongkang Pecah

Sape buat ni??? Laungan si ibu dengan suara yang paling kuat.....hehehe.....hilang terus keayuan bila si ibu menjerit.....

Aqis....ooo...Aqis....simpan mainan cepat....klu tak ibu cubit.....tp aku x cubit pun....saje je gimik kat aqis....huhuhu....