Hari ini 01/06/2011, genap 3 tahun usia perkahwinan aku ngan my hubby, dengan kata lain today is our anniversary…Sepanjang 3 tahun kawin, banyak kenangan pahit dan manis aku n my hubby lalui bersama. Alhamdulillah, kami dikurniakan sepasang cahayamata iaitu Mohammad Za’im Najmi ( walaupun hanya 4 bln bersama kami kerana Allah lebih menyayangimu, hadirmu sgt bermakna…sayang , tunggu ibu di akhirat sana). Kelahiran anak ke -2, Nur Aleeya Balqis sangat menggembirakan hati ibu ngan ayah..(adik… ibu n ayah harap dikau menjadi anak yang cerdik pandai n menjadi anak yang solehah…ketahuilah sayang kami amat menyayangi dirimu lebih dari segalanya)….Buat my hubby tercinta…thanks a lot abg coz be a good husband for me and a good father for our child….ABANG…I love U FOREVER N EVER…..and my lovely girl’s….IBU SAAAYANGGGGG ADIK….Muahh…muaahhh….
(sorila…aku x leh nk tulis pnjg2…sedih woo….nanti abis basah keyboard ni dgn airmataku)
Tuesday, 31 May 2011
Friday, 20 May 2011
my gegirl...Nur Aleeya Balqis
Ni gmbr msa kat kg 18/05/2011...time ni muka balqis naik ruam kat dahi...byk giler, cian dia asyik duk garu je...tp skrg ni dah ok la...
HUJAN OOO HUJAN....
Kalu ujan time ptg je mesti aku risau giler...sebabnye aku duk pikir sshnye nanti nk ambik Balqis kat nursery...ye la, nk pegang payung lg, nk dukung balqis lg, nk bwa beg lg...huhuhu
Thursday, 19 May 2011
Artikel ini aku pun dah lupa celup dari mne, tp just nk share kat kwn2 semua...

Pantang Larang Penyakit ECZEMA
Ekzema juga dikenali sebagai dermatitis atopik dan ia tidak berjangkit. Perkataan ekzema diguna untuk menjelaskan semua jenis masalah kulit yang merah, lepuh, berair, berkeruping, berwarna perang, tebal dan gatal. Ekzema merupakan salah satu penyakit kulit yang menyerang kanak-kanak dan tidak terkecuali bagi orang dewasa yg disebabkan oleh pelbagai faktor.Penyakit ini mungkin juga disebabkan oleh genetik.
Ia sangat mudah berlaku di kalangan bayi. Kadangkala ia dipanggil ekzema bayi dan sering terjadi di muka dan di kulit kepala. Ibu bapa seharusnya mengetahui bahawa kebanyakan bayi yang mengalami masalah ini akan sembuh sebelum mencapai umur 2 tahun. Ekzema selalunya dikaitkan dengan asma.
Terdapat beberapa pantang yang perlu dititikberatkan oleh pesakit terutamanya dari segi pemakanan.
Pantang (makanan):
1) Seafood ( ketam, udang, kerang, sotong)
2) Belacan
3) Budu
4) Cencaluk
5) Ikan Bilis
6) Putih Telur
7) Soya
8) Kekacang
9) Terung
10) Sunkist Orange
11) Buah-buahan yang masam
Pantang (produk):
1) Dettol
2) Protex
Pantang (tabiat):
1) Mandi kerap kali
2) Kuku panjang

Monday, 9 May 2011
Permainan untuk Bayi Usia 6 Bulan
Bayi berumur 6 bulan rata-rata sudah tanggap terhadap lingkungannya dan dia sudah punya keinginan untuk bermain.
Berikut permainan menyenangkan sekaligus mendidik untuk Anda dan si bayi:
• Mulailah bermain "nama-nama" dengan bayi Anda. Tunjuk hidung si kecil dan katakan, "Hi-dung". Lakukan hal yang sama untuk mata, tangan dan benda lainnya.
• Perkenalkan juga panggilan Anda dan sang ayah kepada bayi Anda mulai sejak tahapan ini.
• Sembunyikan sebagian benda atau mainannya di bawah selimut atau secarik kain. Biarkan ada bagian yang menonjol keluar. Biarkan bayi Anda menarik benda tersebut keluar dan belajar menyingkapkan selimutnya sendiri.
• Masukkan berbagai macam tutup botol ke dalam kotak sepatu. Tutup-tutup botol tersebut hendaklah berbeza ukuran, asal jangan ada yang tajam.
• Hulurkan tangan Anda ke dalam kotak sepatu kemudian ambil tutup yang ada satu persatu. Tunjukkan perlakuan ini di depan bayi Anda. Setelah beberapa kali melihat, biasanya si bayi akan meniru kelakuan Anda tersebut.

Apa patut dilakukan apabila bayi yang menyusui menggigit anda
Jika dia hampir hendak menggigit...
Jika bayi anda kelihatan seperti hampir hendak menggigit, masukkan jari kelengkeng anda ke dalam sudut mulut di antara gusinya. Dia patut menggigit jari anda dan bukan puting anda. Jangan tariknya sementara dia sedang menggigit - anda hanya akan mencederakan diri. Perhatikan penegangan rahangnya sebelum dia menggigit dan cepat-cepat alihkannya. Anda mungkin perlu singkatkan waktu menyusu secara am sehingga fasa ini berakhir.
Cara-cara untuk menghentikan bayi yang menggigit
• Katakan “tidak” dengan tegas, merenung ke dalam matanya dengan marah dan hentikan penyusuan. Dia perlu mengaitkan menggigit dengan kehilangan puting - kebanyakan bayi tidak suka dengan perpisahan ini.
• Jika dia teruskan juga, letakkannya di atas lantai untuk seketika sebaik saja dia menggigit.
• Untuk kanak-kanak boleh berjalan yang suka menggigit, jadikannya sesuatu yang positif apabila dia tidak menggigit. Berikannya banyak pelukan, ciuman dan pujian.
• Jika anda rasa dia inginkan perhatian, berikan perhatian sepenuh anda semasa penyusuan.
• Belajar menyedari bila dia sudah hampir selesai.
• Jangan menyusukannya kecuali dia betul-betul lapar.
• Hentikan penyusuan jika dia mula terlelap.
• Berikannya gegelang gigit sebelum dan/atau selepas penyusuan.

Subscribe to:
Comments (Atom)