Wednesday, 27 February 2013

Ilmu yang perlu dimanfaatkan..


Untuk renungan bersama…..

1.    Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat.
"Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan walaupun daripada sepotong ayatku"

2.
    Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sarakatul maut.
 5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan dalam Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:

a. .Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik.
    - Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

b. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.
- Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

c. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca  doa).
- Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

d. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
- Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.

e. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari.
- Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).


*Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah,  Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.  Cara yang mudah untuk dapatkan pahala walaupun selepas mati.


 7 kalimat yg harus di biasakan..


 a.   Bismillahirrahmannirrahim
   
Setiap hendak melakukan sesuatu.

 b.  Alhamdulilah
   
Setiap habis melakukan sesuatu.

 c.  Astagafirullah
   
Jika melakukan sesuatu yg buruk.

 d.  InsyaAllah
     
Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.

 e.  Laa hawla walaaquwwata illaah billaah
     
Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.

 f.  Innalillahi wainna ilaihi rojiun
     
Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.

 g.  Lailaha illallah
     
Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.



Rasulullah bersabda,"Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya, maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala"

Amiiin ya rabbal alamin Semoga bermanfaat. Amin....

Buah Delima....

Haaaa....ini dia buah kegemaranku semasa mengandungkan Aqis dulu....aku sanggup beli walaupun harganya rm10 sebiji.....sbb pregnant la aku sanggup beli, bukan ape takut nanti air liur anak meleleh jer...hehehe....so aku nak share sedikit info yang aku dapat mengenai buah delima ni...

Buah delima juga kaya dengan pottassium.Malahan pottassium yang ada di dalamnya melebihi buah buahan lain sehingga menjadikannya cukup ampuh dalam menurunkan tekanan darah.


Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :
  • Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  • Membantu penghadaman
  • Membuang lemak-lemak berlebihan
  • Menambah tenaga
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  • Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  • Mencantikan kulit


Amalan meminum jus delima secara rutin berupaya mengikis lemak yang terdapat di sekitar perut.....so, kalau ade sesiapa yang nak elakkan daripada perut buncit, elokkan minum jus delima....


Sunday, 24 February 2013

Pure Marine Collagen












Haaa...ini item yang hot di pasaran..ibu collagen....biasala kan wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan....sanggup berhabis duit untuk kekal cantik dan awet muda...Aku pun baru je cuba makan benda ni...so far sangat ok....


So aku nak kongsikan :


Kebaikkan Pengambilan Kolagen Asli:
  1. Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
  2. Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
  3. Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
  4. Memejalkan payudara, otot dan punggung
  5. Menyihatkan rambut dan kuku
  6. Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kelenjar tiroid
  7. Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
  8. Mengurangkan penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
  9. Mengurangkan selulit
  10. Memberi tenaga
  11. Melancarkan peredaran darah
  12. Mengurangkan sakit bahu dan belakang
  13. Melancarkan peredaran darah
  14. Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
  15. Meningkatkan sel rawan,ligamen dan otot
  16. Merawat penyakit gout
  17. Mencegah kanser/tumor
  18. Menurunkan tekanan darah tinggi
  19. Meningkatkan fungsi penghadaman/ pencernaan
  20. Merawat gastrik
  21. Anti bakteria / kulat
  22. Merawat anemia
  23. Menurunkan tahap Kolestrol dalam badan
  24. Menyerap lebihan garam dalam tubuh
  25. Melicin, menegang dan menghaluskan kulit
  26. Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
  27. Mengstabilkan kandungan gula dalam darah ( kencing manis)
  28. Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
  29. Memberikan rasa kekenyangan ( diet)
  30. Memelihara usus kecil ( mengelakkan buasir / sembelit)

Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah.pori2 kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya.Kolagen ini juga boleh dibuat .



SIAPA YG BOLEH MAKAN COLLAGEN NI ?

  • Org yang nak cantik & sihat semestinya..hehe..
  • ibu mengandung - kulit baby jadi cantik (untuk kandungan 4 bulan keatas shj) 
  • ibu rasa bertenaga & tak mudah letih
  • ibu menyusu pun boleh juga.collagen ni tinggi mineral
  • kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas
  • wanita selepas bersalin tidak digalakkan makan rumpai laut hingga selepas 2 bulan bersalin,anda boleh consume semula..



Wednesday, 20 February 2013

Stress....

Di sebabkan keja hari ni dah siap, aku ngan kawan-kawan ambik kesempatan ke library untuk menghilangkan rasa boring......jeng...jeng.....aku jumpa buku ni....so aku pinjam la.....

Ape yang aku dapat kongsikan dari buku ni ialah:


ELAKKAN MENYEBUT


" aku STRESS!!!!!"

TUKARKAN KEPADA 


Saya seorang yang TENANG... Stress itu adalah momentum kejayaan bagi saya....InsyaAllah, saya boleh hadapinya!!

p/s: kepada sesiapa yang rasa stress tu, bolehla baca buku ni...

Tuesday, 19 February 2013

Anak Solehah

Pagi ini saya berjalan ke blog rakan rakan yang lain dan Alhamdulillah saya terjumpa tips ini yang amat berguna buat saya dan ibu bapa lain di luar sana.... Jom kita praktikkan dan share sama- sama...


10 Tips Mendidik Anak Soleh dan Solehah

  1. Kiriman Al-Fatihah
    • Apabila teringatkan anak, bacalah Al-Fatihah. Hajatkan perkara yang baik ketika  sampai ke ayat "iyakanakbudu waiyakanastain ".
  2. Bercakap dengan anak ketika anak tidur
    • Pandang wajah anak dan bercakaplah. Doakan perkara baik agar rohnya mendengar.
  3. Solat hajat
    • Solat hajat dibilik anak. Supaya sentiasa dekat dengan anak
  4. Minta dikasihani
  5. Peluk anak selalu
  6. Sentiasa memaafkan anak
  7. Jaga tutur kata - kerana setiap kata adalah doa
  8. Doa untuk anak
    • Baca ayat 40 Surah Ibrahim supaya keturunan tetap mengerjakan solat
  9. Sentiasa mengingatkan anak agar menjadi anak soleh
  10. Niat yang baik untuk anak
    • Niatkan begini semasa membasuh beras
      • Allah lembutkan hati anak ..... untuk faham agamanya sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi "
    • basuh beras lawan jam sambil selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

* semoga anak ibu dan ayah menjadi anak yang solehah.....amin...

Tongkang Pecah

Sape buat ni??? Laungan si ibu dengan suara yang paling kuat.....hehehe.....hilang terus keayuan bila si ibu menjerit.....

Aqis....ooo...Aqis....simpan mainan cepat....klu tak ibu cubit.....tp aku x cubit pun....saje je gimik kat aqis....huhuhu....