Wednesday, 27 March 2013
Khasiat Pisang....
Di sebabkan kami sekeluarga suka sangat makan pisang, aku pun google la khasiat pisang untuk dikongsi .
Pemakanan pisang memberikan banyak khasiat kepada tubuh badan kerana secara keseluruhannya ia mengandungi tenaga, vitamin A, serat, vitamin C dan Kalsium.
Khasiat pisang sudah tentu boleh membekalkan tenaga. Pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Khasiat pisang dari sudut kesihatan
# Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
# Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.
# Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
# Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
# Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
# Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.
Hehehe...tu jer ....
Tuesday, 26 March 2013
SOAL JAWAB BERKENAAN VCO CATALYST
1. Ada kesan sampingan tak bila makan VCO Catalyst?
Untuk makluman semua, VCO bukan ubat atau bahan kimia yang boleh memudaratkan manusia. Ianya adalah 100 % organik yang mana dihasilkan dari minyak kelapa tanpa penggunaan haba atau kimia untuk mengekalkan struktur asal dalamanya dan keasliannya. VCO amat baik untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman.
2. Lelaki boleh makan atau tidak?
VCO adalah supplement yang sesuai untuk semua golongan umur & jantina. Banyak khasiat yang boleh diperoleh daripada minyak kelapa ini terutama untuk kecergasan dan kesihatan yang berpanjangan.
3. Umur berapa boleh makan ni? Bayi dan kanak-kanak bawah umur 12 tahun boleh ke?
Boleh dan sangat digalakkan. Ianya juga boleh disapu pada kulit atau badan mereka.
Sebenarnya banyak khasiat yang ada pada VCO ini antaranya kesihatan dalaman, masalah kulit, masalah berat badan dan lain-lain.
5. Kalau saya dah kurus, makan ni jadi macam mana pulak? lagi kurus ke?
Jangan risau. VCO hanya akan meningkatkan kadar metabolisme bagi mereka yang bermasalah berat badan saja dengan kata lain kadar metabolisme yang rendah. Jadi, bagi yang kurus jangan risau. Anda tidak akan jadi lagi kurus.
6. Perempuan mengandung boleh makan?
Sudah tentu boleh. Malah ia membantu mengatasi rasa mual dan memberi tenaga kepada ibu mengandung. VCO atau minyak kelapa dara juga bagus untuk mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin. Pengambilan minyak kelapa dara semasa kehamilan adalah sangat bagus dan insya-ALLAH tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk kami adalah 100% asli tanpa sebarang bahan pengawet atau pewarna tiruan. Catalyst juga adalah syarikat bumiputera dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL JAKIM.
7. Bagaimana cara makan / pakai Vco Softgel?
1) Makan 2 biji sehari selepas makan (Untuk naikkan berat badan/ideal pada yang kurus
atau makan 2 biji sehari sebelum makan untuk kurangkan selera makan)
2) Sapu pada muka/kulit Vco Softgel dengan cucuk dengan jarum dan terus ratakan pada muka atau di tempat yang bermasalah. Insya-ALLAH, anda akan lihat hasilnya. Cepat atau lambat bergantung kepada individu.
Monday, 18 March 2013
VCO CATALYST
Kebaikan & Khasiat Minyak Kelapa Dara / VCO
Kecantikan Luaran
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan kadar metabolisme badan
- Menghasilkan tenaga segera
- Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus
- melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran UV
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino
- Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis
- Mengurangkan stress pada prankreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh
- Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoporisis
- Mencegah risiko sakit jantung
- Mencegah strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi
- Membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh
- Melindungi tubuh dari kanser payudara, kanser colon dan kanser rahim
- Berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis
- Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif
- Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate
- Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing
- Membantu mencegah penyakit hati dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain
- Membunuh Virus (yang menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis C, cacar air dan herpes) bakteria (yang menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis dan gonorrhea) kulat (yang menyebabkan candida, jock itch, kadas, dan infeksi yang lain) serta membunih cacing pita, lice, giardia dan parasit
- Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang
- Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural)
- Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit ulit pada kemaluan
- Merawat Keputihan
- Melegakan Pernafasan
- Melawaskan Pembuangan Air Besar dan Kecil
- Meningkatkan Kadar Metabolisma Pada Seluruh Tubuh
- Memusnahkan Organisma perosak seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa(cacing) Di dalam Usus Besar dan Kecil
- Mengurangkan Keadaan Mudah Lapar
- Mengurangkan Kandungan Lemak
- Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi
- Mempercepatkan Penggantian Sel-Sel Mati
ANDA BERMINAT???
Bleh pm saya...
Kenali Madu Asli
Kat sini saya nak berkongsi cara untuk mengenali madu tu asli atau tidak.
Setahu saya madu takde expired kalau yg asli lah.. Dulu ada
sorang pakcik ni dia cakap kalau nk tau madu tu asli ke tidak kita kena uji dengan cara:
1. Madu asli kalau di bakar dgn api dia akan menyala.. Kalau tiruan dia tak makan dek api.. (bubuh madu dlm sudu pastu ambik lighter bakar betul2 kat madu tu)
2. Madu kalau asli semut tak kan hurung.. Kalau ada semut banyak tanda nyer itu madu yg dicampur dgn gula..
3. Madu yg asli kalau letak dlm peti ais dia tak kan beku..
1. Madu asli kalau di bakar dgn api dia akan menyala.. Kalau tiruan dia tak makan dek api.. (bubuh madu dlm sudu pastu ambik lighter bakar betul2 kat madu tu)
2. Madu kalau asli semut tak kan hurung.. Kalau ada semut banyak tanda nyer itu madu yg dicampur dgn gula..
3. Madu yg asli kalau letak dlm peti ais dia tak kan beku..
Sekian .....
Tuesday, 12 March 2013
Giler Pink...
Pink...pink..pink......ckit2 nak kaler pink....huhuhu....Taaadaaa...hehehe.....nak wat camner...dah mamang aku suka kaler pink....
Masa g The Mines minggu lalu, aku terbeli la 2 item ni.....cantik sangat kalernya.....
Thursday, 7 March 2013
SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2013
Selamat hari wanita kuucapkan buat ibuku yang tersayang, ibu mertuaku, kakak, adik2ku, rakan rakanku dan semua wanita di seluruh dunia.....
Subscribe to:
Comments (Atom)


.jpg)


